Ada baca tak mengenai berita kemalangan ngeri ni??....
CHUKAI: “Sangat menyayat hati melihat keadaan semua mangsa yang rentung, termasuk hancur seluruh badan, malah ada sebahagian cebisan daging yang terbakar melekat dalam kereta,” kata saksi kejadian empat beranak terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta bertembung sebuah bas ekspres di Kilometer 126.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, awal pagi semalam.
Wan Mohd Faiz Wan Ahmad, 27, yang dalam perjalanan ke Kemaman berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia bersama rakannya cuba menyelamatkan mangsa, namun tidak berupaya memandangkan api marak membakar kedua-dua kenderaan.
“Saya menghubungi bomba, tetapi tidak berani mendekati tempat kejadian kerana bimbang kedua-dua kenderaan itu meletup,” katanya menganggap kemalangan itu paling ngeri yang pernah dilihatnya.
Dia yang ditemui di tempat kejadian berkata, selepas kebakaran dipadamkan keseluruhannya oleh anggota bomba, dia terkejut dan sedih apabila dimaklumkan empat beranak rentung dalam kenderaan itu.
Penumpang bas ekspres itu, Wan Mohd Al-Hakim Wan Yusoff, 27, berkata, dia sempat mendengar seorang penumpang dalam kereta yang terbakar itu menjerit meminta tolong sebelum mengetahui empat beranak rentung di dalamnya.
*actually, aku tak sangka...yang kemalangan ngeri ni sbenarnya cikgu (Cikgu Sabirin) sekolah aku dlu...di SMKTIZ, Dungun Trg..tak silap aku..arwah ngajar bahasa jepun..n ade laa subjek lain yg dia ajar...aku dpt tahu pn ble adik aku post lam fb dia, sbb cikgu ni pnh ngajar dia bahasa jepun laa...tak sangka...sdih dgr kisah satu keluarga ni...akhirnya dorg pergi sama2...ni namanya jodoh smpai akhir hayat...sme2 laa kite doakan semoga arwah dan keluarga ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan bertaqwa...al-fatihah...amin....
Semoga kemalangan ini beri kita pengajaran supaya lebih berhati2 selepas ini..memang ajal dan maut ditanganNya..tetapi tak salah kalau kita lebih berhati2 supaya perkara seperti ini tidak berlaku pada kita...insyaAllah...
DaripadaNya kita datang...kepadaNya juga kita pergi.....
Love,
CikDayana
No comments:
Post a Comment