DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. 
Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan 
sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam 
kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan 
hidup. 
Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia 
menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, 
melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman
 kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.
Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.
1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah 
hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan 
mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada 
untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang 
sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda 
menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita 
terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa 
juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.
2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh 
membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi 
laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan 
rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan 
sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya 
yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik
 yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.
3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanan dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta 
memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk 
memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian 
pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda 
curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang 
membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan 
bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan
 orangtuanya, bukan “duitnya”.
4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang 
dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari 
rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan 
untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin 
kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.
5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu 
duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat 
diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam 
suka dan duka.
6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit
 tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah 
lebih baik mencegah daripada mengubati .
7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi 
ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, 
kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju 
sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau
 membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang 
anda lakukan sendiri.
8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita 
lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun 
para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan
 bakat semulajadi.
9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar.
 Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan 
menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki
 bukan penentu sikap seseorang.
10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar 
tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang 
menjadi sumber pertikaian dan permusuhan. Sumber :  Love Islam
AAP - Duit bukan segalanya... tetapi semuanya memerlukan duit.... nak 
D.U.I.T => D = Doa U = Usaha I = iktiar T = Tawakal.. Ada duit abang 
sayang tak ada duit adik melayang :( Sekadar ada duit sahaja pasti kita 
tidak mampu memiliki 'syurga' tanpa ada amalan yang lainya. Sekadar air 
liur sahaja mungkin kita tak mampu memiliki duit nak cari duit pastinya 
dengan duit juga. Semua yang bergerak didalam kehidupan memerlukan duit,
 hatta mati pun memerlukan duit. Kita boleh sahaja mencari duit. Cuma 
ingat jangan sampai kita menjadi hamba duit.
Sumber : credit to akuanakpahang
Love,
cikDayana 
No comments:
Post a Comment