Monday, February 25, 2013

CILANTRO..

aS Salam....

hai kwn...sihat?..aku alhamdulillah...masih lagi sihat untuk meneruskan hidup dengan tulang 4 kerat ni untuk mencari rezeki halal dari NYA...amin....dah lame aku tak update blog...rindu plak nak update...bukan ape, di sebabkan kekangan masa dan waktu...di tambah pula dengan ketandusan idea untuk menulis..hehee...sebab tu la blog aku ni sunyi sepi jerr..hehee...

Hehehee....okey2, berbalik pada tajuk aku hari ni...iaitu CILANTRO....mesti korang tertanya-tanya...ape bende laa Cilantro ni kan?...kalau yang tahu tuh pasti senyum2 sendiri...kalau yang belum tahu tuh..meh aku cite meh..ehehee...okey...Cilantro ni sebenarnya nama bagi sejenis tumbuhan yang dalam bahasa melayu nya kite panggil Daun Ketumbar....ala...yang selalu orang guna buat masak2 tuh...mesti korang dalam hati cakap...oooooooooo....daun ketumbar...hehee...yer...Cilantro adalah  daun Ketumbar....heheee...selalunya orang lebih kenal dengan panggilan Coriender..

Hurmm...mesti korang tertanya-tanya juga kan..kenapa laa hari ni aku duk bercerita pasal daun ketumbar..hehee...pada kawan2 yang kenal aku...doang memang sedia maklum..aku ni bukan seorang yang pemakan sayur-sayuran...hanya sayur-sayur terpilih sahaja menjadi santapan aku.. hehee..yesszaa...betul..aku memang cerewet bab2 makan ni...aku paling tak suka bawang2 dan sewaktu dengannya...org cakap...family2 bawang laa..memang aku awal2 lagi reject..hehee...ok dah dah...berbalik pada cerita asal...Daun Ketumbar..or Cilantro...panggil Cilantro laa senang...namanya unik cikit..hehe..

Entah sejak bila, aku merupakan peminat tegar Cilantro ni...kalau pegi makan dekat restoran Johnny's..memang jadi kegemaran aku kutip Cilantro ni dalam sos pekat warna merah tuh..hehee...kalau ada yang biasa makan kt situ, mesti dia boleh bayangkan camne rupanya..kan?.mungkin rasa dia segar kot sebab tu aku mula suka..ntah..selera masing-2 kan..hehee...so, disebabkan aku mula jadi addict dengan si Cilantro ni...aku pun rajin-rajinkan diri untuk search dalam google..apa khasiatnya...haa..banyak yang aku jumpa...rupanya dalam diam-diam tumbuhan ini banyak khasiat rupanya...tak salah cakap mak aku...psss....semalam baru aku cakap-cakap dengan mak aku pasal Cilantro ni..biasa laa...kalau call mak aku, mesti cerita info-info terkini tentang aku dan yang paling utama, mesti mak aku tanya..hari ni masak ape?..hehee...so, setiap kali lepas masak mesti aku beria nak call mak aku, nak cerita aku masak ape hari ni..bla bla bla...heheee...anak nya sekarang sudah mula rajin masuk dapur..masak2 walaupun dia tahu anaknya tidak arif dalam bidang masakan...hehehee.....ade orang cakap, tak pandai masak takpe, asalkan kita rajin masuk dapur..its better dari pandai masak tapi jarang masuk dapur...betul tak?..sape setuju..senyum je la dalam hati yer..hehehee...

Okey...rasanya panjang dah aku taip tuh...mesti penat nak mengadap monitor kan?..nak baca satu-satu ayat aku taip tuh..hehee..takpe...anggap laa korang buat senaman mata..heheheheee...setiap beberapa saat..mesti mata berkedip kan?..hahahaa....okey, thanks korang sebab sudi baca...meh aku selitkan khasiat daun Cilantro atau dikenali sebagai Daun Ketumbar ni..




Daun ketumbar lain rasanya dari benihnya, iaitu lebih banyak rasa sitrus. Ada orang yang menjauhi daun ketumbar kerana rasa "bersabun" atau bau hamis. Kepercayaan bahawa perasaan ini ditentukan secara genetik mungkin timbul dari kelainan genetik pencerapan rasa kimia sintetik phenylthiocarbamide; namun, tiadanya hubungan terperinci antara ketumbar dan gen pencerapan rasa pahit yang dapat disahkan.
Daun ketumbar segar dijadikan ramuan untuk pembuatan pelbagai masakan Asia Selatan (khususnya catni), hidangan Cina dan juga salsa dan guacamole dari Mexico. Daun ketumbar yang dicincang dijadikan hiasan masakan seperti dal dan kari. Daun ketumbar selalu digunakan mentah-mentah atau dibubuh pada hidangan sejurus sebelum disajikan kerana jika dimasak, haba akan cepat mengurangkan rasa ketumbar. Dalam resipi India dan Asia Tengah, daun ketumbar digunakan dalam bilanagan besar dan dimasak hingga hilang rasanya. Daun ketumbar cepat rosak apabila dipetik dari tumbuhan, dan hilang baunya apabila dikeringkan atau dibekukan.

Manfaat daun ketumbar sangatlah luas. Ia mengandungi kapasiti yang kuat sebagai anti radang bagi membantu melindungi terhadap jangkitan bakteria salmonella dalam produk makanan. Ia juga boleh membantu gejala artritis, meningkat kadar kolesterol HDL, mengurang LDL, membantu pencernaan, mencegah angin dan kembung perut, menghalang jangkitan pada saluran kencing, mengurang rasa loya dan kekejangan ketika haid, melegakan cirit birit, menggalakkan fungsi hati yang sehat, merangsang imun dan bertindak sebagai ekspektoran.



Daun ketumbar dikatakan juga sangat berkesan untuk menyahkan logam berat seperti merkuri, plumbum, aluminium dan bahan toksik lain yang terdapat di dalam tisu, darah dan organ dalam badan. Keracunan logam berat dalam tubuh menjadi punca ketidakseimbangan hormon, kanser, masalah tiroid, gangguan neurologi, kemurungan dan alahan makanan.
Ketumbar dikatakan makanan penyembuhan dan mempunyai lebih besar kepekatan antioksidan daripada beberapa jenis buahan dan sayuran.
 
Kelebihan Secara ringkasnya seperti di bawah:
  • Pencuci darah (blood cleanser) – membersihkan darah dari racun-racun yang mengandung metal seperti merkuri.
  • Membantu pencernaan dan perut kembung
  • Mengurangi gejala arthritis
  • Infeksi saluran kencing
  • Mencegah atau menghilangkan muntah-muntah
  • Menurunkan kadar gula
  • Menurunkan kadar kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL
  • Mengandung serat (fiber)
  • Mengandung zat besi
  • Mengandung zat magnesium

okey...baru kita tahu..banyak khasiatnya kan?..untuk info lebih lanjut lagi..korang boleh laa search dalam google..pada yang berminat laa..sebab, kadang-kadang kita lupa..setiap makanan yang kita ambil tuh ada khasiat tersendiri...sudah jadi kebiasaan bagi aku, kalau apa2 makanan yang aku suka..mesti nak google..cari ape khasiatnya...disamping, kita boleh jaga kesihatan kita kan?..kalau badan sihat, jiwa dan hati pun tenang...kan?..okey lah..dah panjang lebar aku bercerita..walaupun kurang menarik tapi takpe, asalkan dapat ilmu bermanfaat untuk di kongsi ng korang...
akhir kata, jaga lah kesihatan..untuk menjamin kehidupan yang lebih sihat...juga untuk berkhidmat, berbakti di dunia dan beribadah kepadaNYA...amin..

Love,
CikDayana

1 comment: